Sunday 16 October 2011

Andai ku tahu


andai kutahu...
andai kutahu...
ini rasanya bila dikasihi
ini rasanya menyayangi
ini rasanya merindui
pasti takkan kubiar masa lalu terbiar kosong
disulam angan dan penantian tak pasti
pasti kusambut kasih dan sayang
pasti kujalin rindu di tangkai hati
biar kukuh tersemat tidak lari
andai kutahu...
hebatnya kasih yang dikau dambakan
takkan kubiar kau terus dalam penantian
bersama kekeliruan tiada henti
kasihku...
rindu yang hadir tak bisa ku usir jauh....
makin diusir...kian hampir ia mendekat...
kadangku lelah...menahan rindu
tapi kusedar...manisnya rindu ini...
mana mungkin kulepas ia berlalu
kerana rindu ini...
hanya padamu....

serpihan d rasa hati








senyum


 

"Ukirlah
senyuman yang
paling manis, kerana
selain sedekah..

senyuman itu
ibarat lukisan
rahsia hati..&
senyuman itu tidak

menyakitkan tetapi
menjadi penawar
hati yang sakit".

karya