Monday 30 May 2011

Jangan

Jangan 
mengucapkan kata-kata indah dan manis buatku
kerana aku takut akan terlanjur menyayangimu
jangan
mengambl berat tentang diriku
kerana aku bimbang akan mengasihi dirimu
jangan
terlalu baik padaku
kerana aku takut akan merinduimu
jangan
memberikanku kenangan atau harapan
kerana aku khuatir akan jatuh cinta padamu
jangan
menghargai pertemuan itu
kerana aku tidak mahu menderita krn kehilangan dirimu
lantaran perpisahan ini.

jasni jamal

Saturday 21 May 2011

lama tak jumpa

Dah bertahun aku tinggalkan dunia penulisan ini dah tak pernah pun aku jengah segala nukilan aku dulu ...tapi masih aku simpan dalam kotak...bila aku buka kotak lama inin amboi...penuh dengan lipas rupanya...kesian buku -buku resepi aku,,,surat cinta lama aku.....bertabur ada yang dah tak nampak tulisannya....aku sayang khazanah ini sebenarnya ...ini lah harta aku zaman remaja....tapi setelah bergelar isteri dan ibu ...segalanya aku tinggalkan....kini...anak-anak dah semakin membesar...waktu terluangpun semakin banyak....mungkin aku boleh mulakan kembali hobby lama...tapi dari mana nak mula ni...segalanya jadi macam batu dan asing...mungkin aku kena cari satu tajuk yang sesuai ..mungkin juga kisah aku sendiri....kisah zaman remaja ku...he he he segalanya mungkin......aku kan bermula lagi......

Tuesday 17 May 2011

into your eyes...

When I am looking into your eyes,
I see all the loves you have for me
I see in your eyes you care for me a lot
I see your love for me is true
And you will do whatever it takes to have me in your life

When I am looking into your eyes,
I see your love for me is unconditional
Your eyes tell me you will never leave me
You will always stay by my side
To protect and cherish me

When I am looking into your eyes,
I see with you everything is possible
I see in your eyes your love for me is everlasting
Your eyes tell me you really, really love me..

penjara

Aku 
yang terseksa 
di penjara cinta
diantara cinta ini 
dan kepalsuan
harus jua aku telan 
segalanya
walau apa pun...

Aku
akhirnya mengerti 
kini
cinta adalah 
menjaga hati
menjaga perasaan
orang yang 
aku sayangi
walau sesakit mana pun
aku telah 
memilih

aku
cinta dia 

jasni jamal

Selamat Hari Guru


cikgu,
kaki ku menggigil
sebab aku tak hafal sifir
perut ku memulas 
sebab kerja rumah tak siap
jantung ku berdegup degap
sebab takut kau soal nanti tak terjawab

cikgu,
kau rotan aku piappp
terus aku hebat sifir..
kau cubit perut aku..
terus aku dapat A
kau suruh aku berdiri
terus aku pandai berdikari

cikgu,
dulu kau aku benci
kini kau aku sanjung tinggi
dulu kau aku dendam
kini rindu aku padamu tak pernah padam
dulu aku malas nak kesekolah
kini hari hari aku hantar anak...
pergi sekolah...

cikgu,
jasa, budi,pengorbananmu
bukan mainan...
hanya Allah 
yang dapat membalas.....
Selamat Hari Cikgu...
Aku tabikk Cikgu....

Jasni Jamal.

bertemu

Sekeping hati,
mengungkap sejuta rasa
menyimpan sejuta rahsia
Hati merasa gembira
Hati terasa terseksa
Kerana hati jiwa merana

Rasa hati
Perlukah memendam rasa
Rasa menjadi rahsia
Wajah memancarkan rasa
Mata membiaskan rahsia

Rahsia hati
Meluahkannya?
Berkongsi suka dan duka
Membiarkan rasa
Berterusan menjadi rahsia?


jasni jamal

Rahsia hati

Sekeping hati,
mengungkap sejuta rasa
menyimpan sejuta rahsia
Hati merasa gembira
Hati terasa terseksa
Kerana hati jiwa merana

Rasa hati
Perlukah memendam rasa
Rasa menjadi rahsia
Wajah memancarkan rasa
Mata membiaskan rahsia

Rahsia hati
Meluahkannya?
Berkongsi suka dan duka
Membiarkan rasa
Berterusan menjadi rahsia?


jasni jamal

ikhlas





Alhamdulilah

Thanx Allah For Giving My Eyes To See,
Thanx Allah For Giving My Heart To Beat,
Thanx Allah For Giving My Nose To Smell,
Thanx Allah For Giving My Ear To Listen,
Thanx Allah For Giving My Life To Live It,
ALHAMDULILAH.....

lebur

di saat sepi melanda hati
kutulis tentangmu.....
sekadar penyedap hati
merangkai bayangmu
yang kian kabur
yang kian lebur
di bawa arus waktu
lewat usia yang kian kelabu....

jasni jamal

Tiada Lagi

tiada lagi kata kata manis
yang kau rangkai
menjadi tilam empukku
kemana hilangnya senyuman
penawar resah malamku
kaku dan beku
satu persatu lenyap
cuma aku yang setia
memendam rasa....
telah sampai ke
penghujung......
rindu...

jasni jamal

Tuesday 3 May 2011

aku harus tak jemu untuk belajar...

Terima kasih buat anak anak ku Nur Farrah, Nur Fasihah, Nur Fadila dan Nur Faizah kerana tak jemu nak ajar mak cara guna application untuk buat blog....guna facebook.....buat pic ni dan macam macam lagi...

hasil.....penat mencuba...